Pengurus The Blues, Maurizio Sarri menegaskan, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki oleh barisan pemainnya, terutamanya dari segi pertahanan jika mahu 
dian­ggap sebagai pasukan pencabar.

Pada perlawanan itu, Chelsea dilihat lebih banyak menguasai perlawanan biarpun dikatakan masih belum serasi sepenuhnya dengan corak permainan diterapkan bekas jurulatih Napoli tersebut.

“Buat masa sekarang kami masih belum boleh dianggap sebagai pencabar kejuaraan. Saya gembira dengan aksi 25 minit terakhir tetapi perlu diakui kami perlu bekerja le­bih keras selepas ini.

“Kelemahan paling ketara adalah dari segi pertahanan tetapi ia melibatkan semua pemain, bukan hanya pemain pertahanan. Saya mahu semua pemain tingkatkan kemampuan dari segi pertahanan,” kata Sarri.

Jurulatih kelahiran Itali itu juga memuji bintang Chelsea, Eden Ha­zard yang berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan ­
The Gunners biarpun dimasukkan sebagai pemain gantian.

Tiga gol Chelsea dijaringkan Pedro Rodriguez, Alvaro Morata dan Marcos Alonso sementara Arsenal memperoleh gol menerusi Henrikh Mkhitaryan dan Alex Iwobi. 
– Agensi