Pemegang 23 gelaran Grand Slam itu hanya perlu menumbangkan pemain Jerman, Angelique Kerber pada peringkat final hari ini setelah menewaskan rakan sepasukan, Julia Goerges dengan keputusan 6-2, 6-4 pada peringkat separuh akhir.

Kejayaan Serena me–nempah slot final kali ke-10 tersebut menghampiri rekod legenda tenis, Margaret Court dengan 24 Grand Slam.

“Saya tidak sangka dan tergamam dengan kejayaan ke final Grand Slam pada kejohanan keempat yang disertai sejak kembali ke gelanggang.

“Saya hanya tampil dan bermain tanpa sebarang tekanan serta tidak mele­takkan harapan tinggi me­ngenai prestasi saya sepanjang di sini.

“Walau apa pun yang terjadi di pentas final nanti (hari ini), ia merupakan hasil kerja keras saya. Perkara ini akan menjadi motivasi saya untuk terus­kan karier dalam sukan ini,” katanya. – Agensi