Azim memberitahu, atlet negara sudah tidak sabar untuk memulakan saingan masing-masing dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang membuka tirai esok.

Ketika ini sebahagian besar daripada keseluruhan 426 atlet Malaysia sudah tiba di Jakarta dan Palembang untuk menjalani latihan menjelang dua hari sebelum pembukaan rasmi temasya edisi ke-18 itu.

“Setakat ini belum ada apa-apa masalah dimaklumkan kepada saya melibatkan atlet negara.

“Ada antara mereka sudah mula menjalani latihan di ve­nue masing-masing dan telah bersedia untuk beraksi.

“Malam ini (semalam) kita akan adakan mesyuarat pe­ngurus pasukan dan jika ada apa-apa masalah mereka akan maklumkan kepada saya,” ujar Azim.

Malaysia meletakkan sasaran tujuh pingat emas pada temasya kali ini sekali gus mahu mengatasi pencapaian lima pingat emas di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Pingat pertama Malaysia dalam temasya di Jakarta-Palembang dijangka hadir menerusi wusyu yang bakal berlangsung Ahad ini.