Keyakinan The Oranje yang memegang status selaku naib juara Piala Dunia 2014, berjaya diterjemahkan di atas padang ketika mereka mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kanada pada pusingan playoff kelmarin.

“Walaupun hanya memperoleh lima gol, tetapi saya gembira melihat statistik permainan yang menyaksikan kami berjaya melakukan serangan dalam kawasan D Kanada sebanyak 30 kali dalam perlawanan ini.

“Mungkin kami sebenarnya boleh mendapatkan lebih banyak daripada lima gol, namun sebagai ketua pasukan, saya sudah berpuas hati,

“Lawan seterusnya ialah India yang akan mendapat sokongan padu daripada penyokong mereka sendiri, tetapi perlu diingat kami juga gemar bermain dalam suasana sebegini. Ia sebenarnya satu kelebihan buat kami,” kata Bakker.

Lima gol pasukan No. 4 dunia itu diperoleh menerusi dua jaringan Thijs van Dam dan masing-masing satu gol daripada Lars Balk, Robbert Kemperman dan Theirry Brinkman.

Turut mara ke suku akhir menerusi pusingan playoff kelmarin adalah pasukan No. 3 dunia, Belgium yang membelasah Pakistan 5-0.

Red Devils yang mendapat lima gol menerusi Alexander Hendrickx, Thomas Briels, Cedric Charlier, Sebastien Dockier dan Tom Boom, akan berdepan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2016, Jerman pada suku akhir malam ini. – Agensi