Belanda kini berdepan tekanan selepas hanya berjaya mengutip tiga mata dalam dua perlawanan awal Kumpulan C kempen.

Mereka ketika ini berada di tangga ketiga dengan sembilan mata di belakang pendahulu, Ireland Utara dan enam mata di belakang Jerman yang menduduki tangga kedua.

Bagaimanapun, skuad The Oranje memiliki kelebihan baki dua perlawanan dan berpeluang untuk mengurangkan jarak tersebut sekiranya menang ke atas Jerman.

Justeru, Koeman tetap percaya pasukannya masih berpeluang merampas dua kedudukan teratas tersebut dan mara ke peringkat kalah mati secara automatik, walaupun ditakdirkan mereka tewas kepada skuad kendalian Joachim Loew itu pada pertemuan esok.

“Perlawanan dengan Jerman ini sebenarnya tidak begitu penting. Kami masih ada kelebihan dua perlawanan lagi berbanding Ireland Utara.

“Sekiranya kali kalah dengan Jerman sekalipun, kami masih ada peluang untuk menduduki dua tangga teratas dan layak secara automatik.

“Namun, kami perlu mengutip 12 mata dalam kesemua perlawanan termasuk menentang Estonia dan Belarus selain menang dua kali ke atas Ireland Utara,” kata Koeman.

Selepas Jerman, Belanda dijadual turun berdepan Estonia bagi aksi kedua musim ini awal pagi Selasa nanti. – Agensi