Pemain-pemain yang ti-dak memiliki pencapaian memberangsangkan akan berdepan kemungkinan digugurkan manakala kontrak beberapa jurulatih yang ber-akhir hujung tahun ini tidak akan disambung.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai mendedahkan lima jurulatih serta 12 pemain akan digugurkan bagi menepati polisi baharu badan induk sukan badminton Malaysia itu.

“Berdasarkan penilaian yang dibuat pihak pengurusan, BAM mengambil keputusan untuk mengecilkan skuad iaitu daripada jumlah 60 pemain akan dikurangkan kepada 48 pemain, sementara jurulatih ditetapkan kepada 12 orang berbanding 17 buat masa sekarang.

“Ada jurulatih yang tamat kontrak hujung tahun ini dan tidak akan disambung. Tujuannya adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, namun nama-nama mereka hanya akan didedahkan Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Pada masa sama, beliau yang juga Setiausaha Kehormat BAM turut mengumumkan nama-nama pemain yang memilih untuk keluar daripada badan induk itu untuk bergerak secara profesional mahupun di-sebabkan kecede-raan.

“Buat masa ini, ada beberapa pemain yang sudah meninggalkan pasukan negara dan bergerak secara bebas iaitu Iskandar (Zulkarnain Zainuddin) serta tiga pemain beregu wanita, Woon Khe Wei, Lee Zii Yii dan Goh Yea Ching,” tambahnya.

Sementara itu, Chin Chai juga tidak menolak kemungkinan untuk menyerap ma-suk pemain-pemain berbakat yang ada di luar sana apabila BAM mengadakan sesi pemi-lihan pada pertengahan bulan depan.

“Walaupun kita mahu kecilkan skuad tetapi kita akan anjurkan sesi pemilihan pada pertengahan Januari nanti. Sekiranya ada pemain-pemain berbakat, kita akan serap mereka ke dalam skuad kebangsaan,” ujarnya lagi.