Katanya, beliau mengakui panik berikutan prestasi hambar skuad negara yang pulang dengan tangan kosong buat pertama kali pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berakhir Ahad lalu.

"Saya dan kepimpinan BAM mempunyai harapan yang tinggi terhadap pemain dan yakin mereka mampu melangkah lebih jauh.

"Usaha perlu bermula dari sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Bawah 15 Tahun anjuran Astro di Stadium Bukit Kiara di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau meminta semua pihak bersabar dan barisan kepimpinan BAM sedang berkerja keras untuk memastikan Malaysia mempunyai dua wakil yang layak beraksi dalam setiap acara pada Sukan Olimpik Tokyo.

Selain itu, katanya, BAM berhasrat mewujudkan jawatan pengarah kejurulatih bagi memantapkan lagi  sistem kejurulatihan serta membantu pemain mencapai prestasi yang lebih baik.

"Perkara ini perlu dilihat secara terperinci memandangkan ia melibatkan faktor kewangan," katanya.

"Kadang-kadang saya fikir duit lebih baik dibelanjakan dengan memberikan pendedahan kepada pemain terutamanya dalam kelayakan ke Sukan Olimpik tahun depan," katanya. - Bernama