Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, Soniia Cheah mengejutkan pemain berpengalaman Vu Thi Trang 21-15, 21-17 untuk mata pertama negara.

Turun selaku perseorangan kedua, Goh Jin Wei menambah mata kedua selepas menundukkan Nguyen Thuy Linh 21-11, 21-15 manakala S.Kisona mengukuhkan lagi kedudukan skuad wanita negara dengan mata ketiga selepas mengalahkan Dinh Thi Phuong Hong 21-17, 21-18.

Gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei bagaimanapun terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada Vietnam selepas Khe Wei mengalami kecederaan lutut ketika terikat 10-10 di set pertama.

Chow Mei Kuan yang baharu digandingkan dengan Goh Yea Ching tidak menghadapi masalah melengkapkan kemenangan skuad negara apabila menundukkan Dinh Thi Phuong Hong-Do Thi Hoai 21-7, 21-18.

Malaysia akan berdepan skuad Filipina pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Malaysia diundi dalam kumpulan Y bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina. - Bernama