Badang berusia 18 tahun itu mengungguli acara clean & jerk bagi kategori 48 kilogram (kg) setelah melakukan angkatan seberat 81kg di Tapah semalam.

Dalam saingan yang berlangsung di Dewan Merdeka itu, atlet kelahiran Teluk Ketapang, Kuala Terengganu tersebut turut merangkul gangsa dalam acara snatch yang berlangsung pada pukul 9 pagi dengan angkatan 60kg sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bebanan bagi kedua-dua acara seberat 141kg.

“Saya gagal membuat aksi terbaik pada acara snatch kerana gemuruh. Tetapi sorakan penonton yang memenuhi venue pertandingan telah membangkitkan semangat saya untuk merangkul emas pada acara kedua,” katanya.

Nurul Afiqah sering mencuri tumpuan lensa kamera kerana memiliki raut wajah yang cantik selain tidak lekang dengan senyuman ketika mengangkat bebanan.