Kejayaan tersebut membolehkan pasukan yang terdiri daripada lima pemain itu membawa pulang wang tunai berjumlah AS$4,075,965 juta (RM16.67 juta).

Pasukan yang berpangkalan di China tersebut tewas kepada European Team OG pada saingan akhir yang me­nyaksikan mereka terlepas hadiah wang tunai berjumlah AS$11.2 juta (RM45.8 juta) yang menanti juara.

Sebagai rekod, e-Sukan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia dan dijangka dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik serta Sukan Asia akan datang.

Selain Dota, permainan lain seperti bola sepak FIFA dan PES turut dipertandingkan di pentas antarabangsa yang menyajikan habuan lumayan.

Permainan lain dalam peranti telefon seperti Mobile Legends turut popular dalam kalangan atlet e-Sukan dan ia dipertandingkan di pentas antarabangsa seperti Piala Asia Tenggara yang berlangsung di Jakarta, Indonesia Julai lalu.

Pada 2016, pasukan Fnatic dari Malaysia berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1.4 juta (RM5.6 juta) selepas menamatkan saingan Dota 2 di kedudukan keempat. – Agensi