Ayub

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat yang memberitahu bahawa seorang daripada 165 atlet angkat berat didapati positif ujian doping sekali gus dia yang masih dirahsiakan identiti dilarang masuk bertanding pada Sukma Perak.

Ayub berkata, ujian doping itu dilakukan pada 27 Julai sehingga 29 Ogos lalu kepada atlet-atlet yang terlibat.

“PABM bersama Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) telah bekerjasama membuat ujian doping terhadap semua atlet yang mewakili negeri masing-masing pada Sukma 2018.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang atlet angkat berat yang telah menjalani saringan tersebut didapati positif doping dan dilarang untuk menyertai SUKMA XIX, Perak kali ini.

“Atlet tersebut akan menjalani perbicaraan dalaman dan tindakan tatatertib yang akan dibuat kemudian.

“PABM mengambil serius isu doping ini demi menjaga nama baik dan keunggulan sukan ang­kat berat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkembangan sama, Ayub memberitahu, ujian doping itu melibatkan 165 atlet angkat berat daripada 14 pasukan dan beliau memberi jaminan sifar doping bagi acara tersebut.

Sementara itu, Ayub membe­ritahu PABM membuat keputusan bahawa semua atlet angkat berat tidak akan menyertai semua kejohanan di luar negara dan peringkat antarabangsa selama satu tahun termasuk Sukan Asia Indonesia 2018 di Jakarta dan Palembang bulan lalu.