Pada perlawanan tersebut, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan buat skuad The Gunners, sekali gus merampas kembali kedudukan di tempat keempat saingan EPL ketika ini.

“Saya gembira dengan apa yang dipamerkan oleh pasukan kami pada perlawanan ini. Kedudukan keempat yang diraih sangat penting dalam menaikkan motivasi pemain untuk kekal momentum sehingga penghujung musim ini.

“Berdasarkan prestasi semasa, saya percaya kami boleh layak secara automatik ke pentas Liga Juara-Juara musim depan. Buat masa ini kami hanya perlu fokus dengan diri sendiri dan tidak perlu hiraukan keputusan pasukan lain.

“Apa yang pasti, saya tidak mahu pemain terlalu meraikan kemena-ngan ini dan bangkit semula pada aksi Liga Europa menentang Napoli pada Jumaat nanti,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Mengulas lanjut, Emery memuji aksi yang dipamerkan oleh Watford yang masih mampu menguasai permainan walaupun beraksi dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Troy Deeney dilayangkan kad merah di awal permainan.

“Watford pasukan yang cukup agresif dan bijak menggunakan ruang serta peluang yang ada. Kami bernasib baik apabila benteng pertahanan dan kecekapan penjaga gol banyak membantu pasukan ketika ini,” katanya. – Agensi