Kemenangan berkenaan sekali gus melayakkan Argentina mara ke peringkat suku akhir meskipun mereka terlebih dahulu berdepan tekanan sebelum meraih tiga mata di Arena Gremio.

Jaringan daripada Lautaro Martinez dan Sergio Aguero dalam aksi tersebut sudah cukup untuk membawa pa­sukan itu layak ke peringkat seterusnya biarpun mereka mempamerkan aksi kurang meyakinkan sebelumnya.

“Banyak perkara yang perlu diperbaiki meskipun saya agak berpuas hati dengan mutu permainan Argentina kali ini.

“Kami perlu pamerkan persembahan seperti itu dalam usaha untuk membina semula keyakinan pasukan.

“Aksi babak kedua membuatkan saya sangat ber­puas hati kerana pemain tidak menunjukkan sebarang ketakutan ketika berdepan pemain lawan.

“Selepas ini kami perlu perbetulkan beberapa perkara ke­rana bakal berdepan pasukan yang lebih hebat di peringkat seterusnya,” kata Scaloni.

Pada masa sama, Scaloni menjelaskan, tekanan yang dipikul oleh para pemain sebelum perlawanan menyebabkan mereka merasakan ia adalah seperti berada di medan perang ketika bertemu skuad kendalian Felix Sanchez.

“Kali ini kami seolah-olah memasuki medan pepera­ngan.

“Adakalanya tekanan dari luar memberikan kesukaran buat kami sebelum bertemu pihak lawan,” ujarnya. - Agensi