Pasukan yang berpangkalan di New South Wales tersebut telah mengesan bakat An Najwa sejak musim 2016 sebelum bersetuju untuk mengikat kontrak bersama pemain berusia 21 tahun itu musim ini.

“Jadi rugi jika saya melepaskan peluang keemasan ini. Meskipun hanya beraksi bersama pasukan amatur, saya rasa ini adalah peluang terbaik menimba ilmu dan bermain dengan liga yang kompetitif.

“Menerusi penglibatan saya di Australia mampu memberi harapan kepada atlet bola jaring negara untuk bermain di pentas antarabangsa. Jika saya dapat buat yang terbaik, mereka juga mampu lakukannya,” katanya di Kuala Lumpur semalam.