SHAPAWI
SHAPAWI

Menurut Shapawi, masalah doping yang sering menghantui sukan angkat berat negara me­rupakan punca utama mengapa ia digugurkan daripada sukan teras serta Sukma sebelum ini.

“Salah satu sebab utama acara angkat berat digugurkan sebagai sukan teras adalah masalah doping. Bagaimanapun, kita berharap kali ini tidak akan terjadi lagi isu berkenaan semasa kejohanan berlangsung.

“Semua pihak terlibat dalam sukan angkat berat perlu serius dengan perkara ini kerana sekali mereka (atlet) sudah terpalit de­ngan isu doping, bermakna sukar untuk mereka meyakinkan kita dalam memberi pertimba­ngan menjadikan ia sebagai sukan teras atau acara pada Sukma.

“Tetapi ini bukan keputusan saya, sebaliknya ia akan diputuskan oleh jawatankuasa Sukma jika masih ada isu doping berlaku dalam kalangan atlet angkat berat pada Sukma kali ini,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media, Ipoh semalam.

Sebagai rekod, Kosmo! kelmarin melaporkan bahawa seorang atlet angkat berat yang tidak didedahkan identitinya telah digugurkan secara automatik pada Sukma 2018 kerana dikesan menggunakan bahan terlarang.

Mengulas lanjut, Shapawi turut memuji langkah awal yang dilakukan oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dalam membuat saringan awal kepada semua atlet angkat berat sebelum beraksi pada kejohanan edisi ke-19 tersebut.

“Harapan kita pada Sukma kali ini supaya tiada lagi kes do­ping berlaku kepada atlet ke­rana pengambilan bahan terlarang merupakan satu penipuan dalam sukan,” katanya.