Klopp mengakui beliau kini mempunyai keyakinan lebih tinggi apabila melihat Mane dapat bergandingan dengan Mohamed Salah bahkan aksinya sudah mampu mencapai tahap berkelas dunia.

“Mane sudah berada mencapai tahap tinggi bersama The Reds apabila dia sering melakukan kejutan buat pasukan.

“Kami perlu menunjukkan kualiti sebenar apabila berada di atas padang agar segala peluang terhidang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Berdasarkan kualiti tersebut, kami perlu memastikan ia dapat dikekalkan pada setiap minggu. Bagi kami jaringan tidak begitu penting buat pasukan, namun sebaliknya ia sangat bermakna buat Mane apabila dapat melakukan yang terbaik minggu lalu,” kata Klopp.

Pemain skuad kebangsaan Senegal tersebut mempunyai peluang untuk bersaing memburu anugerah Kasut Emas selepas berjaya membuka tirai EPL musim ini dengan menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan.

Sementara itu, Klopp juga percaya Mane mampu menjadi salah seorang pemain penting Liverpool memandangkan dia turut berjaya menunjukkan aksi yang sangat baik ketika Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Mane sangat konsisten apabila beraksi bersama The Reds dan ternyata dia sangat penting buat pasukan.

“Dia mampu menggalas tugasnya dengan baik di posisi tengah meskipun kami bermain dengan formasi 4-5-1. Pada masa sama, Mane turut serasi bergandingan dengan Roberto Firmino dan Salah meskipun berlaku perubahan posisi,” ujarnya. – Agensi