Pada perlawanan yang berlangsung di Camp Nou itu, Messi membuktikan dia berhak digelar sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman apabila meledak dua gol buat skuad The Catalans.

Valverde memuji sumbangan yang diberikan pemain antarabangsa Argentina itu apabila banyak membantu pasukan de­ngan melakukan gerakan-gerakan berbahaya.

“Messi boleh dianggap sebagai seorang pemain yang cukup hebat dan bijak di padang. Kami cukup bertuah kerana dapat menyaksikan aksinya setiap hari.

“Penyokong-penyokong yang sempat melihat era kegemilangan Messi, percayalah anda sangat bertuah. Saya yakin Messi mampu menampilkan aksi lebih baik pada perlawanan akan datang,” kata Valverde.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Sepanyol itu masih belum berpuas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan Barcelona apabila sukar untuk menembusi benteng pertahanan Alaves.

“Sebenarnya kami masih belum berada pada prestasi terbaik. Mereka (Alaves) mengamalkan corak bertahan sehingga menyukarkan kami untuk masuk ke dalam kotak penalti, namun saya percaya kami akan bermain lebih baik selepas ini,” ujarnya. – Agensi