Hasrat Aisyah Farhana, 19, untuk beraksi di pentas final tidak kesampaian apabila cabarannya dalam acara WK1 1,000 meter (m) terkandas di peringkat separuh akhir kejohanan di Pitesti, Romania itu.

Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin menganggap Aisyah Farhana sebagai prospek masa depan terbaik Malaysia.

"Satu pencapaian membanggakan kerana dia berjaya merebut tujuh slot untuk beraksi pada peringkat separuh akhir.

"Dia adalah atlet kanu wanita negara paling menyerlah. Kami tidak mahu momentumnya, jadi kami akan beri pendedahan kepadanya supaya dapat menaikkan ranking dunianya," katanya.

Sementara itu, MASCA melalui minggu yang sibuk bulan ini apabila dua atlet seniornya diterbangkan ke Szeged, Hungary bagi menghadapi Kejohanan Dunia yang dijadualkan bermula 17 Ogos ini.

Dua atlet itu adalah Adam Aris dan Khairul Naim Zainal yang mana di sana mereka turut berpeluang menyertai Program Pencarian Bakat bagi memberi pendedahan kepada atlet negara dalam mempelajari teknik kayuhan dan taktikal perlumbaan. - K! ONLINE