Aguero, 31, kini mengungguli carta penjaring terbanyak dengan enam gol daripada empat perlawanan EPL setakat ini sekali gus menyaksikan The Citizens masih kekal memegang status selaku pasukan pilihan mempertahankan gelaran yang dimenangi musim lalu.

Pengurus City, Pep Guardiola, 48, tanpa berselin­dung mengakui beliau amat menagih ketajaman pe­nyudah yang ada dalam diri mesin gol Argentina tersebut.

“Aguero mula menjaringkan gol di Argentina ketika berusia 16 tahun dan tidak berhenti melakukannya di sini. Dia ada bakat istimewa dan mungkin akan terus menjaringkan gol sehingga dia mati.

“Saya tertarik dengan komitmen ditunjukkannya sejak hari pertama saya di sini. Semua orang tahu kami amat memerlukan gol demi gol daripada Aguero,” katanya.

Selain dua gol daripada Aguero, turut mencetak nama selaku penjaring buat City pada perlawanan itu ialah Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva.

Bagaimanapun, City terpaksa membayar harga mahal terhadap kemenangan itu apabila kehilangan khidmat bek tengah, Aymeric Laporte yang terpaksa diusung keluar kerana masalah kecederaan.

Kecederaan itu membuatkan Guardiola pening kepala kerana beliau terpaksa me­nurunkan pemain tengah, Fernandinho beraksi sebagai bek tengah pada perlawanan itu. – Agensi