Gol tersebut juga menyaksikan pemain antarabangsa Argentina itu menyamai rekod Alan Shearer dengan meledak 11 hatrik pada kancah Liga Perdana England.

“Saya sentiasa percaya bahawa Aguero akan menjadi mesin gol pada setiap musim. Dia sentiasa beraksi dengan konsisten.

“Dia adalah legenda di sini dan akan membantu kami mendapatkan lebih banyak trofi,” ujarnya.

Perlawanan yang berlangsung di Etihad itu menyaksikan pemain sayap, Raheem Sterling meledakkan gol pembukaan seawal mi-nit keempat disusuli dua gol hasil jaringan Aguero dalam tempoh enam minit bermula di minit ke-13.

Pemain tengah, Ilkay Gundogan turut men-cetak nama selaku penjaring gol menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-25.

Aguero terus memperagakan aksi memukau apabila meledakkan hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-56 manakala gol terakhir The Citizens dija-
ringkan oleh Sterling 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Mengulas mengenai prestasi skuadnya, Guardiola mengakui Chelsea tidak mampu menandingi kualiti yang adalah dalam pasukannya.

“Chelsea sebenarnya hanya bergantung pada kesilapan yang bakal dilakukan oleh kami. Mereka hanya menunggu peluang untuk melancarkan serangan, tetapi ia tidak berlaku pada hari ini kerana pemain kami lebih berkualiti,” ujarnya. – Agensi