Skuad Warga Kota yang dikendalikan sementara pembantu jurulatih, Yee Fatt Chong mempamerkan kebangkitan apabila berjaya meraih tiga gol menerusi Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak, Paulo Josue dan Syazwan Andik Mohd. Ishak untuk menyamakan kedudukan 3-3 secara agregat.

“Kita tidak boleh menjangkakan apa yang bakal terjadi sekiranya kemenangan hanya ditentukan melalui sepakan penalti. Sepakan penalti seperti pertaruhan nasib,” katanya.

Skuad Warga Kota dihukum melalui sepakan penalti setelah keputusan 8-7 memihak kepada Selangor apabila sepakan terakhir yang diambil oleh Mohd. Firdaus Faudzi berjaya diselamatkan penjaga gol skuad Gergasi Merah, Khairulazhan Mohd. Khalid.