Juara dunia empat kali itu memiliki lebih pengalaman berbanding rakan sepasukannya, Valtteri Bottas yang hanya memulakan karier F1 pada tahun 2013 sekali gus memperlihatkan perbezaan dari segi pencapaian mereka musim lalu.

Hamilton mengakhiri musim 2017 dengan sembilan kemena­ngan manakala Bottas pula me­raih tiga kemenangan, namun pelumba Britain itu tetap menolak khabar angin tersebut walaupun dia baru sahaja berjumpa dengan ketua pasukan, Toto Wolf bagi melakukan perbincangan.

“Saya tak rasa saya seorang ketua dalam pasukan. Saya percaya kami semua memainkan peranan dengan saling memerlukan satu sama lain. Itu yang kami amalkan dalam pasukan Mercedes.

“Memang benar, saya berjumpa dengan Wolff, namun kami sekadar berbincang mengenai perkembangan dan sebagainya. Saya gembira memberikan pandangan saya agar kami semua dapat memberikan kerjasama dalam menjalani peranan masing-masing.

“Kami tidak terima sebarang khabar angin negatif yang menjejaskan persekitaran di sini. Kami mahu terus bina hubungan baik yang telah dipupuk sejak beberapa tahun dahulu,” katanya.