Jelas Wolff, jika jentera yang terkenal dengan panggilan ‘diva’ itu diubah suai, karakter serta prestasinya mungkin akan menurun.

“Jentera W08 merupakan jentera paling pantas pada perlumbaan F1. Ia sudah menghadiahkan banyak podium kepada pasukan kami. Justeru, kami perlu berhati-hati untuk mengubah suai kenderaan ini kerana kami tidak mahu prestasinya merudum.

“Apa yang pasti, karakter serta kelajuannya akan dikekalkan pada musim ini kerana kami tidak mahu pelumba berasa kekok dengan jentera mereka sendiri,” katanya.

Sebagai rekod, W08 me­rupakan jentera yang memberi gelaran juara dunia kepada Hamilton pada musim lalu.

Mengulas lanjut, Wolff berkata, pada musim 2018, W08 akan tampil lebih laju dan ringan berbanding tahun sebelumnya.

“Kami sedang berusaha untuk menjadikan jentera W08 lebih ringan atau rea­litinya lebih laju daripada prestasinya sebelum ini.

“Saya pasti barisan jurutera kami akan menyelesaikan tugasan mereka sebelum aksi pramusim bermula,” katanya. – Agensi