Keputusan tersebut diambil pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP yang dipengerusikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, hukuman pemotongan mata selain denda akan dikenakan sekiranya pasukan-pasukan tersebut masih gagal memperbaiki kesilapan mereka dalam tempoh berkenaan.

"Kita beri peluang kedua kepada pasukan-pasukan ini untuk memperbetulkan apa yang perlu diperbetulkan selama 14 hari ini... Semua kena ikut peraturan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Selain isu pendaftaran, katanya, mereka turut membincangkan terma dan syarat wang penajaan yang akan diterima bagi menambahbaik infrastruktur kesemua padang bola sepak yang ada selain penganjuran program-program akar umbi. - Bernama