Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Pas, Wan Rohimi Wan Daud yang kini berada di United Kingdom bagi mengikuti perbicaraan berkaitan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi London, hari ini.

"TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791)," katanya menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya lewat malam tadi.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu berhubung laporan Sarawak Report yang disiarkan pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa beliau telah menerima dana sebanyak RM90 juta bagi menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Saman terhadap Brown itu difailkan oleh peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk 'As Najib Denies All Over 1MDB, Let's Not Forget His Many Other Criminal Connections'. - K! ONLINE