Pengarahnya Zaki Mohamed berkata, semua rampasan itu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan premis menjual buku selain kaki lima premis.

“Kesemua Al-Quran dan muqaddam ini tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ), kita harap umat Islam di Malaysia lebih berhati-hati membeli Al-Quran dan perlu pastikan ada cop kelulusan KDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan melupuskan sejumlah 3,098 naskah Al-Quran termasuk Al-Quran digital, muqaddam dan bingkai ayat suci Al-Quran yang dirampas bermula Disember tahun lalu hingga Jun tahun ini dengan cara pembakaran secara tertutup sebelum abunya dilepaskan ke dalam laut.

“Pelupusan ini dilakukan selepas mendapat kelulusan daripada LPPPQ dan mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.

Zaki menyeru orang ramai supaya menghantar Al-Quran yang mahu dilupuskan kepada PKK KDN supaya ia dapat dilakukan mengikut kaedah yang ditetapkan dalam Islam. - Bernama