Menerusi laman twitternya, Fazri menerangkan lukisan pada baju itu merupakan salah satu daripada hasil projek Pendidikan Seni bagi mencungkil dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati.

Bagi menghargai sentuhan tangan anak didiknya itu juga, Fazri sanggup berjalan mengelilingi sekolah sambil mengenakan pakaian tersebut.

“Ini adalah sangat bermakna kerana dihasilkan oleh 10 orang murid daripada Program Pendidikan Khas.

“Menghargai usaha mereka adalah penting, Maka pada hari ini saya menjadi pameran seni bergerak untuk mempamerkannya kepada warga sekolah,” katanya.

Menurut Fazari lagi, kesemua pelajarnya itu mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan rekaan baju tersebut,

Kisah yang dikongsikan oleh Fazri ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna laman sosial. Rata-rata mereka memuji hasrat murni tersebut.