Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan membawa hasrat guru besar dan penolong kanan itu selepas mereka mengadu tidak berpuas hati dengan tangga gaji sedia ada yang diterima mereka.

“Walaupun kemungkinan berhadapan dengan tuntutan sama oleh profesion lain, kita tetap akan membawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet.

“Kerajaan akan memberi keutamaan terhadap profesion perguruan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Konvensyen Perdana dan Persidangan Perwakilan Majlis Guru Besar Negeri Perak Kali Ke-30 di sini hari ini. - K! ONLINE