Perkara itu ditegaskan oleh Ketua pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO bertajuk Mentaliti Negaraku Memperkasa Wanita ke Arah Kecemerlangan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

“Kalau ada di antara kami yang tidak dipilih, saya sebagai Ketua Puteri UMNO, ingin memberi jaminan Puteri tidak akan merajuk, tidak akan bergasak, berjanji tidak tutup bilik gerakan. Puteri akan terus bekerja untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional,” katanya.

Jelasnya, pergerakan itu sedar bahawa PRU-14 adalah ibu kepada segala pilihan raya jadi mereka akan terus bekerja keras membantu parti untuk memenangi hati pengundi.

“Puteri tidak mendesak sebarang pemilihan calon. Cuma kami mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira golongan wanita dan orang muda.

“Sudah tentu Presiden parti mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih calon namun pihak Puteri mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah boleh menang, disukai pengundi, mampu bekerja dan berkebolehan,” katanya. - K! ONLINE