Menurut selebriti berusia 30 tahun itu, sesuatu kejayaan tidak diukur melalui rupa paras atau bentuk tubuh sebaliknya usaha gigih akan menjadikan seseorang itu berjaya.

“Anugerah ini bukan untuk dirinya sendiri tetapi bagi memberi inspirasi untuk wanita di luar sana. Tidak kira apa rupa paras atau bentuk badan, sekiranya berusaha, kita akan memperoleh kejayaan. Teruskan berusaha dan memberikan inspirasi,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Selain Sherry, turut menerima anugerah yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak itu ialah Ahli Puteri UMNO Bahagian Sepang, Emma Firyana Saroji, 31, (kategori sukan) dan Pengarah Kreatif, TasBijoux Sdn. Bhd., Nur Zalikha Mohd. Sabri, 29, (kategori usahawan).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.