Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, nostalgia seakan mimpi di siang hari itu begitu berbahaya dalam parti keramat UMNO kerana fakta telah diolah sehingga menyimpang jauh daripada kebenaran.

“Pemimpin pembangkang sering membawa nostalgia dongeng mengatakan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai paling sempurna dan indah namun keadaan pemimpin sekarang begitu teruk.

“Cerita itu adalah mitos dan kita sebagai pemuda jangan terima sebaliknya kajilah semula dengan mendalam setiap nostalgia yang cuba diimbau kembali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Persidangan Pergerakan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Khairy menambah, dalam konteks politik cerita dongeng boleh membawa bencana kerana  dihanyutkan dengan penceritaan bukan realiti sebaliknya satu fatamorgana sejarah yang mengaburi mata. - K! ONLINE