Daripada jumlah berkenaan, seramai 2,761 perwakilan mendaftar untuk PAU 2017, 994 perwakilan bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita manakala Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing 992 perwakilan.

Selain itu, seramai 51 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara juga mengesahkan kehadiran mereka selain turut disertai oleh 63 peserta daripada 17 buah parti politik dari 14 buah negara antarabangsa.

Perhimpunan parti politik Melayu terbesar ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 350 Mahasiswa Nasional (Pemanas) yang terdiri daripada 20 universiti awam dan 50 universiti swasta.

Dalam pada itu, seramai 1,795 petugas media terdiri daripada 61 agensi media tempatan dan 14 agensi media antarabangsa turut mendaftar bagi membuat liputan perhimpunan merah putih kali ini.

PAU 2017 dijangka memberikan tumpuan bagi mengukuhkan jentera parti dan merencanakan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). - K! ONLINE