Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti mengingatkan, bertindak adalah perkara utama yang perlu dilaksanakan seluruh jentera parti bagi memastikan BN mencapai matlamat besarnya untuk meraih majoriti dua pertiga dan bukan sekadar menang melalui sistem majoriti mudah.

“Tidak boleh tidak, (kita) wajib mengekalkan semua kerusi yang kita menangi dan merampas semula kerusi yang telah terlepas kepada parti pembangkang sebelum ini.

“Kita perlu menang besar. Kita mesti utamakan parti. Justeru, ketepikan soal berkecil hati merajuk dan sabotaj parti kerana ia hanya akan melumpuhkan gerak kerja kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 2,978 perwakilan pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi. - K! ONLINE