Pergerakan Wanita bersidang di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn dan Puteri di Dewan Merdeka bermula 9 pagi.

Ketiga-tiga sayap mengadakan perhimpunan agung masing-masing setelah dirasmikan secara serentak malam tadi oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Seramai 994 anggota perwakilan menghadiri perhimpunan pergerakan Wanita manakala Pemuda dan Puteri masing-masing disertai 992 anggota perwakilan, sebelum Perhimpunan Agung Umno 2017 selama tiga hari bermula esok.

Keseluruhannya seramai 5,739 anggota perwakilan UMNO dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tahunan parti kali ini yang dijadual berakhir Sabtu.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijadual diadakan pada 8.30 malam ini. - Bernama