Perdana Menteri berkata, peningkatan kedudukan golongan wanita dalam bidang politik negara akan memberi gambaran lebih baik kepada sistem pilihan raya dan menjadikan proses politik lebih inklusif sekali gus mengukuhkan demokrasi.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan, cadangan tersebut hanya mampu dilaksanakan sekiranya kerajaan BN memperoleh keputusan majoriti dan mandat yang lebih kuat pada PRU-14.

“Kita boleh cadangkan untuk menambahkan kuota wa­nita di Dewan Negara sekurang-kurangnya 30 peratus seiring dengan hasrat kerajaan mening­katkan penyertaan golongan itu dalam politik.

“Saya ingin melihat cadangan ini berjalan. Itu sebabnya saya harap kita mendapat mandat kuat dalam pilihan raya kali ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Wanita Dalam Politik (WIPKL) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.