Demikian antara intipati taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kira-kira 4,100 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada Majlis Taklimat Presiden parti yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Najib yang memakai kemeja UMNO berwarna merah melahirkan rasa puas hati dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh para perwakilan.

Dalam taklimat selama satu setengah jam itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air itu sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi PRU-14 yang bakal diadakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Najib menegaskan semua pihak dalam parti supaya bersiap sedia untuk berdepan PRU-14 yang dianggap begitu penting dalam menentukan hala tuju masa depan negara.

Beliau menegaskan, Presiden UMNO itu mahu pemimpin dan ahli parti di semua peringkat meletakkan kepentingan parti dan masa depan negara melebihi kepentingan peribadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.