Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pertambahan jumlah ahli seramai 70,576 orang itu melibatkan bilangan cawangan sebanyak 21,851 buah di seluruh negara.

"Dalam keadaan UMNO diserang dari pelbagai pihak, bukan hanya pembangkang atau bekas pemimpin UMNO sendiri, ternyata keahlian UMNO terus meningkat yang membuktikan bahawa parti ini sentiasa mendapat sokongan.

"Pada masa yang sama, UMNO terus bergerak dengan jentera yang tanpa lelah memastikan bukan sahaja pertambahan bilangan ahli UMNO tetapi selari dengan anggota parti yang tentunya berdaftar sebagai pemilih menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 kelak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Setiausaha Agung pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi. - K! ONLINE