Bagi memastikan kesinambungan projek-projek tersebut, Malaysia dengan semangat setia kawan bersetuju supaya kerjasama itu disambung sehingga Jun 2019 di bawah perbekalan perjanjian Kerjasama dalam Pendidikan, Sains , Budaya, Komunikasi dan Maklumat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut mengumumkan di bawah kerjasama program MUCP-MFIT itu, kerajaan Malaysia dengan rakan kongsi UNESCO buat pertama kalinya akan menganjurkan simposium dan konsultasi mengenai Pelaksanaan dan Sokongan Mengenai Penyimpanan dan Akses kepada Dokumen Warisan, mencakupi dalam bentuk digital.

Beliau berkata, simposium itu yang akan berlangsung pada tahun 2018 dijangka menghasilkan rancangan tindakan untuk diguna pakai oleh ahli–ahli UNESCO.

Beliau menambah, pada tahun 2015 dan 2016, Malaysia dan UNESCO telah menjadi rakan kongsi dan tuan rumah persidangan Asia Pasifik mengenai Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

Pada tahun 2017, Malaysia mencatat satu lagi peristiwa penting apabila menganjurkan Forum Serantau Asia Pasifik mengenai Program Transformasi Sosial (MOST) di Kuala Lumpur.

Forum berkenaan telah dipengerusikan oleh Menteri Kebajikan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertindak sebagai Presiden Majlis Antara Kerajaan (IGC) program MOST.