Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KBAT sememangnya memerlukan proses bagi melihat sejauh mana keberkesanannya.

“KBAT merupakan satu proses dan benda baharu, jadi tidak mungkin ambil masa satu atau dua hari untuk dijadikan sebagai amalan,” katanya selepas merasmikan Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (2) di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Jumaat lalu, Mahdzir menafikan dakwaan guru merupakan punca kegagalan KBAT sekali gus menyanggah laporan sebuah portal yang telah menyalahtafsirkan ke­nyataan Timbalan Menteri­nya, Datuk P. Kamalanathan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai program tersebut yang merupakan salah satu transformasi dalam dunia pendidikan, Mahdzir berkata, pelajar disasarkan mempunyai kebolehan berfikir dan menjawab dengan cepat serta mampu berkomunikasi mengenai perkara yang disoal.

“Contohnya, bila di letakkan gambar labu sayung, kita mahu pelajar segera memberi takrifan kepada labu sayung seperti berasal dari Perak,” katanya.