Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan, Dr. Zainal Aalam Hassan, Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di Pahang telah berjaya meraih lebih 5,000 pengunjung sepanjang penganjurannya yang ber­akhir kelmarin.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah acara Gotong-royong Pengurusan Tertinggi KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad di sini, pameran pendidikan oleh KPM, senamrobik Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah, persembahan pelajar-pelajar, pertandingan kurikulum serta demonstrasi masakan.