Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor berkata, nilai jualan itu dijangka bertambah pada masa depan ekoran respon positif yang ditunjukkan oleh pengguna terutamanya peminat jenama berkenaan.

“Kami bersedia untuk meningkatkan pengeluaran melebihi 500 unit sebulan bila tiba masanya.

“Ia berikutan ciri-ciri yang ada pada model ini yang mampu berdepan pesaing di samping harga yang kompetitif kerana kami mahu pelanggan, terutamanya peminat dan penyokong Yamaha mampu memilikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Yamaha YZF R15 di tapak Karnival Gen Blu Yamaha di Stadium Negeri Batu Kawan di sini baru-baru ini.

Menurut Jim, model motosikal itu dilengkapi ciri-ciri yang dinaik­taraf dengan kapasiti enjin 155cc selain casis deltabox yang diper­tingkatkan, kotak gear enam kelajuan, rekaan kokpit inspirasi daripada model YZF-R1 dan YZF-R6, brek cakera hadapan berdiameter 282 milimeter, roda super lebar serta rekaan aerodinamik.

Model yang ditawarkan pada harga RM11,988 sebuah itu didatangkan dengan tiga warna iaitu kuning, biru dan hitam.