Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mujhim Sharofi Samsulbahrim Ngah berkata, ketika ini hanya terdapat satu cawangan Yiros dekat sini, dengan bilangan ejen seramai kira-kira 30 orang.

“Kami bercadang untuk membuka cawangan Yiros di Kuantan dan Terengganu pada bulan Mac ini.

“Sasaran kami adalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu ejen bagi setiap daerah dalam usaha untuk memenuhi permintaan bagi mengerjakan ibadah umrah dan pelancongan yang semakin meningkat pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual di pejabatnya di Subang Bestari, dekat sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mujhim Sharofi menjelaskan, Yiros menawarkan pakej umrah yang mesra warga emas kerana kebanyakan pelanggan syarikat terdiri daripada golongan tersebut.

“Pakej yang ditawarkan pada harga antara RM6,690 hingga RM9,300, bergantung kepada jarak tempat penginapan dan perkhidmatan yang disediakan,” jelasnya.

Tambah beliau, selain perkhidmatan mengerjakan ibadah umrah, Yiros turut komited untuk mengukuhkan perkhidmatan pelancongannya dengan menambah destinasi-destinasi baharu seperti Turki, Balkan dan New Zealand.

“Terdapat banyak permintaan me­ningkat dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melancong ke destinasi ber­kenaan,” jelasnya.