Pengarah Perniagaannya, Sally Bador berkata, nilai sasaran tersebut mampu dicapai memandangkan sambutan baik daripada para pelanggan terhadap lima produk keluaran syarikat yang bermutu tinggi.

Beliau yang mula mengambil alih urusan pemasaran, promosi dan mengatur strategi untuk mengukuhkan rangkaian pengedarannya di seluruh negara sejak suku kedua tahun ini, jualan syarikat terus bertambah dan sekali gus dapat mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap produk keluaran syarikat.

“Syarikat ini berpangkalan di Korea dan terdapat beberapa cawangan lain di Thailand, Hong Kong dan Jepun.

“Malaysia merupakan antara pasaran baharu buat syarikat tetapi ia kini menjadi antara penyumbang terbesar daripada aspek perolehan jualan dan pendapatan kepada ibu pejabat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi pengenalan produk keluaran syarikat di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Sally menjelaskan, antara faktor penyumbang kepada prestasi jualan yang memberangsangkan itu ialah pertambahan pengedar kepada 1,500 orang pada masa sekarang berbanding hanya 60 pengedar sebelum ini.

Para pengedarnya diberi latihan dan bimbingan untuk berniaga dan memasarkan produk secara online serta lebih menarik, mereka yang layak juga akan dapat memohon pinjaman mudah yang ditawarkan syarikat sebagai modal permulaan perniagaan.

“Dana yang disediakan oleh syarikat, terbuka kepada pengedar syarikat, namun nilainya adalah terhad dan berasaskan kepada ‘siapa cepat, dia dapat’.

“Modal tersebut di­serahkan kepada peniaga dalam produk kecantikan, bukan dalam bentuk wang tunai, bagi mereka yang komited bekerja mempromosikan produk ber­kenaan, maka pinjaman tersebut boleh dilangsaikan dalam tempoh hanya empat bulan,” jelasnya.

Sally menerangkan, terdapat tiga kategori pengedar yang ditawarkan bermula dengan peringkat permulaan hingga mahir, dengan modal serendah RM395 hingga RM4,020 seorang. - K! ONLINE