Ia yang mula dijual sejak Isnin lalu memiliki beberapa ciri yang unik, antaranya skrin bersaiz 18:9 dan paparan IPS 5.45" serta prosesor Quad-Core 1.30GHz dengan kelajuan 4G.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Wiko Mobile Malaysia, Neo Lau berkata, mereka teruja untuk memperkenalkan telefon pintar tersebut yang merupakan sebahagian daripada koleksi Y Range Wiko.

Katanya, Tommy3 mudah untuk digunakan oleh orang ramai, malah kelajuan 4G yang dimilikinya membolehkan apa jua aplikasi dibuka berjalan dengan lancar.

"Kualiti yang terdapat pada Tommy3 membolehkan pengguna untuk melakukan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa. Telefon pintar itu adalah teman sempurna bagi poket anda dan pada masa sama berprestasi tinggi dan dijual pada harga berpatutan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Telefon pintar itu didatangkan dengan empat pilihan warna dengan kemasan metalik iaitu Anthracite, Gold, Bleen dan Cherry Red.

Tommy3 dijual pada harga RM329 termasuk GST dan ia didatangkan dengan waranti selama setahun, selain waranti untuk menukar semula telefon tersebut dalam tempoh 120 hari bermula dari tarikh ia dibeli. - K! ONLINE