Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, Yoshitaka Nakamura berkata, jangkaan itu bakal dipacu oleh strategi syarikat untuk memberi tumpuan kepada golongan profesional dan pengguna wanita.

“Kami melihat terdapat pe­ningkatan penggunaan kamera berteknologi tinggi dan berciri profesional dalam kalangan wanita yang menggunakan ka­mera seperti ini untuk merakam gambar berbanding sekadar kamera te­lefon pintar.

“Selain itu, de­ngan mengetengahkan produk-produk yang bersesuaian untuk jurugambar profesional, kami yakin dapat mengukuhkan kedudukan jenama ini di pasaran tempatan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kamera X-H1 Fujifilm di sini hari ini. - K! ONLINE