Pengasasnya, Hasyimah Medah berkata, produk Regina Skintox Juice baru enam bulan di pasaran dan sehingga kini jualannya telah melebihi 1,000 unit sebulan.

Justeru, pihaknya optimis ia mampu menarik lebih ramai pengguna untuk mencuba manfaat produk berkenaan yang mempunyai fungsi tiga dalam satu iaitu membantu mengawal berat badan serta memutihkan dan mengembalikan keremajaan kulit.

“Produk ini dihasilkan daripada ekstrak buah-buahan seperti anggur, delima, acar beri, strawberi, kurma, kolagen dan habbatus sauda.

“Ia berfungsi membantu melawaskan penghadaman dan me­ngurangkan rasa lapar, seterus­nya menurunkan berat badan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut Hasyimah, pihaknya telah menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan selama setahun sebelum merumuskan Regina Skintox Juice untuk pasaran.

“Paling penting, produk ini bersifat dwifungsi iaitu boleh diambil oleh lelaki dan wanita kerana ia mampu menambah tenaga bagi mereka yang mungkin sibuk de­ngan kerjaya dan rumah tangga.

“Melalui pengambilan 10 mililiter (ml) di sebelah pagi dan malam, pengguna sudah boleh merasai kesannya seawal tiga hari berdasarkan testimoni po­sitif oleh pelanggan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Hasyimah turut mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi pengedar atau stokis produk Regina Skintox Juice.

Sebotol Regina Skintox Juice yang mempunyai isi kandu­ngan sebanyak 250ml dijual pada harga RM78 di Semenanjung Malaysia dan RM83 di Sabah dan Sarawak.

Ia boleh didapati menerusi 30 pengedar berdaftar dan lima buah stokis Marsyia Beauty di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.marsyia­beauty.com atau hubungi talian 019-222 8088.