Kad Debit-i Alumni yang memaparkan logo UiTM itu boleh dimiliki mana-mana pemegang kad Bank Islam khususnya kakita­ngan UiTM, pelajar serta alumni dengan cara menukar kad debit sedia ada mereka di cawangan bank tersebut ataupun menambah koleksi kad dengan menjadi pelanggan baharu bank berkenaan.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, penjanaan pendapatan itu akan diraih menerusi caj yuran tahunan yang dikenakan terhadap pemegang kad yang mana Bank Islam bersetuju menyumbang RM4 daripada caj berkenaan kepada tabung alumni.

“Selain menambah pendapatan kepada universiti, kerjasama itu juga bertujuan untuk meran­cakkan projek cashless university yang akan dijalankan oleh UiTM pada masa depan.

“Penggunaan Kad De­bit-i Alumni Bank Islam ini dilihat antara inisiatif berkesan untuk projek itu memandangkan hampir 75 peratus kakitangan universiti ini dan 95 peratus pelajar UiTM merupakan pemegang kad debit Bank Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kad Debit-i Alumni Bank Islam di sini semalam.

Mohd. Azraai menjelaskan, pemegang kad Debit-i Alumni juga bakal menikmati pelbagai faedah yang ditawarkan oleh Bank Islam.