Pengiklanan bergerak itu menggunapakai konsep pembayaran per kilometer, disokong oleh sistem penentu kedudukan sejagat (GPS) selain aplikasi bagi mengesan pergerakan iklan untuk meningkatkan keyakinan antara pelanggan serta pemandu lori.

Menurut kenyataan Truck It yang dikeluarkan baru-baru ini, konsep tersebut dilihat dapat menggalakkan pemilik lori untuk menyediakan kenderaan bagi kemudahan itu.

Pemilik turut terlibat menentukan laluan yang digunakan serta ukuran kenderaan dalam memadankannya dengan pengiklan dan pelanggan berpotensi.

“Insentif utama diberikan kepada pemandu lori dan pelanggan adalah termasuk caj GPS yang disubsidikan, cucian mingguan bagi lori disenaraikan selain pendapatan tambahan kepada pemilik lori untuk setiap liputan perbatuan tambahan,” katanya.