Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, pihaknya melihat ini merupakan sebahagian daripada komitmen dan sumbangan untuk merealisasikan cita-cita negara.

“Bersandarkan pelbagai usaha strategik di bawah pelan induk Reimagining TNB (2017-2025), syarikat itu terbukti terus mencatat pertumbuhan hasil ­tahunan serta keuntungan yang baik, dipacu oleh persekitaran kawal selia yang kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan tahunan kewa­ngan bersepadu 2018 (FY2018) TNB yang turut mempe­rincikan perkem­bangan syarikat utiliti itu sejak tujuh dekad lalu.

Perolehan kum­pulan TNB meningkat 6.3 peratus dari­pada FY2017 kepada RM50.39 bilion bagi tahun kewangan ber­akhir 31 Disember 2018.

Sebahagian besar daripada­nya dipacu oleh pe­ningkatan bekalan elektrik yang mencecah 18,338MW pada Ogos 2018 iaitu meningkat 3.1 peratus berbanding FY2017.

Keuntungan bersih bagi FY2018 juga rendah kepada RM3.75 bilion­ berbanding RM6.91 ­bilion pada FY2017, kebanyakannya di­sebabkan oleh pela­rasan pengawal­seliaan akibat perubahan dalam Tempoh Pengawalseliaan Kedua (RP2) 2018-2020, susut nilai dan kesan tukaran asing.

Permintaan tenaga turut meneruskan momentum positifnya pada FY2018 dengan jualan tenaga elektrik tahunan mening­kat 1.4 mata peratus berban­ding unjuran awal menerusi RP2 rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).

Moggie menjelaskan, ekosistem mapan oleh rangka kerja IBR dan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga sejak empat tahun lepas, telah membolehkan Malaysia memiliki salah satu rangkaian tenaga mantap di rantau ini serta setanding negara-negara maju lain.

Selain itu, menerusi pelaksa­naan pendekatan proaktif dan berwawasan, beliau berkata, TNB telah menjalankan kerja-kerja persiapan bagi menghadapi Tempoh Pengawalseliaan Ketiga (RP3) (2021-2023) dan dijangka menyerahkan cadangan IBR RP3nya menjelang Disember tahun ini.

Dalam persekitaran peru­bahan teknologi berterusan yang turut memberi kesan terhadap industri, Moggie menjelaskan, TNB yang mencatatkan aspek ketersediaan sistem sebanyak 99.97 peratus pada 2018, juga percaya mengenai kepen­tingan kalangan Industri Bekalan Elek­trik Malaysia (MESI) menyediakan peralihan asas yang akan turut memberi impak terhadap industri itu di peringkat global. – Bernama