Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia Sdn. Bhd. (Siemens), Indranil Lahiri berkata, ia bukan sahaja terdiri daripada teknologi automasi yang digunapakai, malah isu yang lebih penting adalah untuk memastikan para pekerja mempunyai latihan dan skil yang diperlukan.

“Ketika ini, kami melihat masih terdapat jurang yang agak ketara ter­utamanya dalam kalangan pekerja sektor perkila­ngan dan pengeluaran darpada aspek kemahiran yang diperlukan bagi meghadapi Industri 4.0.

“Justeru itu, kami menyeru lebih banyak pemain industri untuk mempertingkatkan kemahiran pekerja dengan cara menyediakan latihan yang diperlukan, agar mereka bersiap sedia sejajar de­ngan perkembangan industri.

“Ini sekali gus akan mewujudkan satu ekosistem yang lengkap, daripada pemain industri, institusi pengajian tinggi dan vokasional serta para pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! dalam satu temu bual di sini baru-­baru ini.

Siemens baru-baru ini bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (Kismec), bagi mewujudkan program latihan kepada para pekerja dan pelajar untuk bersiap sedia menghadapi revolusi Industri 4.0.

Di bawah kerjasama tersebut, Kismec di bawah sistem latihan dan pendi­dikan Siemens Innovation and Resources Trai­ning Centre (SIRTC), akan melaksanakan program Simens Mechatronics Systems Certification.

Menurut Indranil, program latihan tersebut dijangka bermula pada November ini yang akan dijalankan di Kulim, Kedah.